Tuesday, July 20, 2010

Sekitar sambutan Isra' Mikraj 1431H & Majlis Kesyukuran

20/07/2010(Selasa)-Sambutan Isra' Mikraj telah diraikan dengan jayanya. Sambutan tersebut dimulakan dengan aktiviti gotong-royong menyediakan bubur asyura dan ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Fairuz B. Yusak dari Jabatan Agama Islam Melaka.

Pada sesi petang pula, diadakan majlis kesyukuran meraikan cahayamata baru guru-guru SKPDD. Majlis diserikan dengan bacaan Rawi Marhaban dan cukur jambul. Ym. Pn guru besar merasa gembira dan berbesar hati, kerana murid-murid berbakat dalam menjayakan bacaan rawi marhaban, walaupun baru pertama kali majlis seperti ini diadakan.

Panitia Pendidikan Islam merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis ini.

Gambaran sepenuhnya majlis ini, boleh dilihat pada slideshow diatas.

2 comments:

Anonymous said...

tahniah

Tenku Norgayah said...

Syukur alhamdulillah sambutan Israk' & Mikraj dan Majlis Kesyukuran dapat dijalankan dengan sempurna, meriah dan jayanya. Terima kasih kepada semua warga SKPDD yang bertungkus-lumus menjayakan majlis tersebut. Kerjasama & komitmen semua diucapkan terima kasih.Bubur yg dimasak sedap sangat! Pn. Anisah jadi chef masak... boleh buat pesanan jika berhajat. Syabas dan tahniah! Sepakat 1 Pasukan.... guru-guru SKP Durian Daun memamg HEBAT!!! Sayangnya hanya 1 org aje AJK PIBG yg hadir, iaitu Pn. Zuriati-terima kasih. Yg lain mungkin tidak berkesempatan agaknya kerana ada urusan. Insya Allah tahun depan kita buat lagi...ada 6 'baby' lagi! Tahniah juga utk kumpulan marhaban terdiri drp murid2 Tahun 4.