Saturday, August 26, 2017

SK (P) DURIAN DAUN - JOHAN

Anugerah Surau / Musolla Imarah (ASISS)
Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia
Peringkat Negeri Melaka Tahun 2017

BUKIT BARU 25 Ogos – SK (P) Durian Daun telah dinobatkan johan pertandingan Anugerah surau/musolla imarah (ASISS) sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia, peringkat negeri Melaka bagi kategori surau sekolah rendah.

Program anjuran Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Melaka. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Abu Bakar Bin Sahari, Pengarah Jabatan Pendidikan Melaka. Tuan pengarah mengharapkan dengan adanya usaha untuk mengimarahkan surau ini, menjadi satu usaha untuk mendidik potensi manusia.

Surau sekolah merupakan syiar Islam di sekolah. Pembinaannya bukan sekadar sebagai tempat untuk melaksanakan ibadat solat semata-mata sama ada secara individu atau berjamaah tetapi ia berfungsi sebagai pusat kegiatan Pendidikan Islam di sekolah. Pengurusan surau yang sistematik dan berkualiti dengan pelbagai program yang telah diatur dan dilaksanakan akan dapat melahirkan golongan pelajar yang memahami dan menghayati Islam secara syumul dalam kehidupan seharian.

Turut Bersama meraikan kejayaan ini, guru besar SK (P) Durian Daun En Abu Samah Bin Ahmad dan Anisah Bt P. Kunhamed, Ketua Panitia Pendidikan Islam merangkap penyelaras Surau Fatimah Azzahrah SK (P) Durian Daun.


            “Alhamdulillah, syabas, tahniah dan penghargaan yang tidak terhingga untuk warga SKPDD atas kejayaan merangkul johan Anugerah Surau Imarah peringkat negeri. Moga kejayaan sentiasa Bersama kita dan berterusan berkat kesepakatan dan kerjasama daripada semua warga SKPDD. Sepakat 1 pasukan”. - Guru besar SKPDD.















No comments: