SEJARAH SKPDD

SEJARAH 

Warga SKPDD pada tahun 1957

Nama asal SK Perempuan Durian Daun ialah Durian Daun Girls School. Ini adalah sekolah rendah kerajaan (aliran Inggeris) yang pertama di negeri Melaka khas untuk murid perempuan sahaja. Mulai 1 Januari 1970, nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Perempuan Durian Daun. Perubahan berlaku disebabkan pertukaran aliran bahasa pengantar kepada Bahasa Kebangsaan. Pada tahun 1994, sekali lagi nama sekolah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Perempuan Durian Daun selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bangunan asal didirikan pada tahun 1954 dan mula digunakan pada tahun 1955. Bangunan terdiri daripada 1 blok dua tingkat yang mengandungi sebuah ’porch’, 6 buah bilik darjah, sebuah pejabat, 1 buah bilik guru dan 3 buah stor kecil dan tandas. Bangunan tambahan kedua meliputi 3 buah bilik darjah, PSS, klinik pergigian, surau, kantin, 4 buah stor, tandas murid dan tandas guru. Didirikan pada awal 1989 dan digunakan pada Disember 1989. Blok 3 tingkat ini didirikan di tapak "tuckshop" kekal yang dirobohkan.

Bangunan "tuckshop" didirikan pada pertengahan 1956. sebahagaian daripada "tuckshop" ini telah digunakan sebagai bilik darjah mulai tahun 1960 sehingga ia dirobohkan pada akhir tahun 1988.
Padang baru mula digunakan
Pada pertengahan tahun 1956, kerja-kerja membina padang dimulakan. Padang mula digunakan untuk kegiatan sukan dan permainan pada awal tahun 1957. Pada akhir tahun 1988 bahagian padang yang rendah telah ditambak. Kerja-kerja membaik pulih di buat pada akhir tahun 1989 dan awal tahun 1990. Padang mula digunakan sepenuhnya mulai ogos 1990.

Pada pertengahan tahun 1956, 2 buah gelanggang badminton telah didirikan dan pada akhir tahun 1988, sebuah kantin sementara telah didirikan di tapak gelanggang tersebut. Kantin tersebut dirobohkan setelah bangunan Blok B siap. Walau bagaimana pun gelanggang tersebut tidak lagi sesuai untuk permainan badminton.Sebuah pentas kekal telah didirikan di bilik bersebelahan pejabat sekolah pada tahun 1959. Pentas tersebut masih kekal hingga sekarang. Keluasan kawasan sekolah pada mulanya ialah 2a.0r. 26.5p. keluasan sekarang bertambah sedikit apabila pihak Maktab Perguruan Perempuan Melayu meluaskan kawasan bagi membolehkan blok baru didirikan.

 Kenangan warga SKPDD 27/11/1957

Sekolah mula dibuka pada 2 Februari 1955. Perasmiannya pada 5 Mei 1955 oleh  Resident Commissioner Melaka, Tuan H.G Hamett]'''. Ketua Pegawai Pelajaran Melaka, '''Encik T.Hunter''' turut hadir. Sehingga tahun 2017, seramai 11 orang guru besar telah menabur khidmat bakti di sekolah ini. Kini ditadbir oleh En Abu Samah Bin Ahmad.

No comments: