Saturday, September 4, 2010

Salam Aidilfitri

WARGA BARU SKPDD


SKPDD menerima kehadiran seorang guru baru,
Cikgu Alias bin Ibrahim.
Berasal dari Terengganu.
First posting dari UPSI
Opsyen Sains
Semoga cikgu gembira dan selesa disini.

MAJLIS KHATAM QURAN, PENUTUP IHYA' RAMADHAN & SUMBANGAN DUIT RAYA

03 September 2010M / 24 Ramadhan 1431H,
DEWAN SERI PUTERI.
SKPDD.

MAJLIS KHATAM QURAN
Sepanjang bulan Ramadhan, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Tadarrus Al-Quran pada waktu rehat yang melibatkan semua guru-guru dan murid-murid Islam. Setelah berjaya menghabiskan 30 juz, majlis ini diadakan.Majlis ini telah dipimpin oleh Ustaz Syed Hafiz yang merupakan guru ganti Pendidikan Islam.

PENUTUP IHYA' RAMADHAN
Majlis ini telah diadakan pada hari yang sama dan penutupan rasmi telah dilakukan oleh Pn Norshidah Bte Mamat - GPK 1 SKPDD.Sepanjang bulan ramadhan berbagai aktiviti telah dijalankan antaranya :-
- Kuiz Ramadhan
- Bacaan Asma' Al Husna.
- Tadarus Al-Quran
- Nasyid

SUMBANGAN DUIT RAYA
Seramai 22 orang murid yang terdiri dari anak- anak yatim dan fakir miskin telah diberikan sumbangan duit raya oleh pihak sekolah dan guru-guru.Semoga mereka bergembira dihari raya yang bakal tiba tidak lama lagi.

Majlis berjalan dengan lancar dan berakhir pada jam 11.00 pagi.
Gambar-gambar sepanjang majlis tersebut boleh dilihat di slideshow diatas.

Friday, September 3, 2010

MAJLIS KHATAM QURAN, PENUTUP IHYA' RAMADHAN & SUMBANGAN DUIT RAYA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
SK (P) Durian Daun akan mengadakan Majlis Khatam Quran, Penutup Ihya' Ramadhan dan Penyerahan Sumbangan Duit Raya pada :-

Tarikh : 3 September 2010
Masa : 8.45 Pagi.
Tempat : Dewan Seri Puteri.

Laporan lanjut dimasukkkan nanti.

Monday, August 23, 2010

Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Sekolah Negeri Melaka Sempena Bulan Kemerdekaan 2010

Pengetua / Guru Besar Sekolah-Sekolah Negeri Melaka.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Melaka akan menganjurkan Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Sekolah-Sekolah Negeri Melaka pada 01 Ogos hingga 16 September 2010.

Pertandingan ini bertujuan menyemarakkan lagi aktiviti mengibar jalur gemilang di Negeri Melaka sempena bulan kemerdekaan disamping untuk meningkatkan semangat patriotisme rakyat Negeri Melaka.

Mesyuarat Penyelarasan Pertandingan Kibar Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan yang dipengerusikan oleh YB. Setiausaha Kerajaan Negeri pada 14 Ogos 2010 telah memutuskan Jabatan Pelajaran Melaka menyelaraskan pertandingan kibar jalur gemilang kategori sekolah-sekolah Negeri Melaka.

Sehubungan dengan itu, Unit HEM, Jabatan Pelajaran Melaka akan mengedarkan surat rasmi dan dilampirkan bersama surat dari Jabatan Ketua Menteri Melaka untuk rujukan dan tindakan tuan selanjutnya. Klik pautan Surat Kibar Jalur Gemilang untuk maklumat lanjut.

Wednesday, August 11, 2010

Majlis Tahlil di Rumah Arwah Cikgu Yusop Bin Ahmad


Majlis bacaan Yaasin dan Tahlil telah diadakan di rumah Allahyarham Cikgu Yusof Bin Ahmad pada 10 Ogos 2010 pada 2.00 petang. Majlis ini dihadiri oleh guru-guru SKPDD dan rakan-rakan kenalan Allahyarham.

SALAM RAMADHAN 1431 HIJRAH



Telah Kembali Ke Rahmatullah..



Encik Yusop Bin Ahmad ,GPK KO Kurikulum SKPDD telah kembali kerahmatullah pada 5 Ogos 2010 bersamaan 24 Sya'aban 1431 Hijrah.Warga SKPDD mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham atas kepulangan beliau kerahmatullah.Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh. ALFATIHAH.

Tuesday, July 20, 2010

Sekitar sambutan Isra' Mikraj 1431H & Majlis Kesyukuran

20/07/2010(Selasa)-Sambutan Isra' Mikraj telah diraikan dengan jayanya. Sambutan tersebut dimulakan dengan aktiviti gotong-royong menyediakan bubur asyura dan ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Fairuz B. Yusak dari Jabatan Agama Islam Melaka.

Pada sesi petang pula, diadakan majlis kesyukuran meraikan cahayamata baru guru-guru SKPDD. Majlis diserikan dengan bacaan Rawi Marhaban dan cukur jambul. Ym. Pn guru besar merasa gembira dan berbesar hati, kerana murid-murid berbakat dalam menjayakan bacaan rawi marhaban, walaupun baru pertama kali majlis seperti ini diadakan.

Panitia Pendidikan Islam merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis ini.

Gambaran sepenuhnya majlis ini, boleh dilihat pada slideshow diatas.

Saturday, July 17, 2010

Sambutan Isra' Mikraj 1431H & Majlis Kesyukuran

Assalamualaikum,
SK(P) Duraian Daun akan mengadakan Sambutan Isra' Mikraj 1431H dan Majlis Kesyukuran pada :-
Tarikh : 19 Julai 2010 ( Selasa)
Tempat : Dewan Seri Puteri.
Masa : 11.00 pagi - 3.30 ptg.

Aturcara Majlis :
  • Ceramah Isra' Mikraj oleh : Ustaz Ahmad Fairuz Bin Yusak (JAIM)
  • Gotong-royong memasak bubur Asyura.
  • Majlis kesyukuran - Rawi marhaban menyambut cahayamata baru guru- guru SKPDD
Semoga majlis ini diberkati Allah.

Friday, July 9, 2010

Guru Praktikum

Pada 28 Jun 2010,warga SKPDD menerima kehadiran 2 orang guru KPLI praktikum - (opsyen Pendidikan Islam) dari IPG kampus Perempuan Durian Daun, Melaka yang terletak bersebelahan dengan sekolah kami. Selamat datang kami ucapkan.

Sekalung Penghargaan

Sekalung penghargaan buat warga SK Seri Manjong atas lawatan muhibbah ke sekolah kami.

Kapal dagang dari seberang,
Sarat muatan si kayu jati,
Dari jauh tuan puan datang.
Kami sangat berbesar hati.

Kalau ada jarum yang patah ,
Jangan disimpan didalam peti,
Kalau ada silap dan salah.
Tolong maafkan kami.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi.
Kalau tiada aral melintang,
InsyaAllah kami kesana nanti.

Tuesday, June 29, 2010

Lawatan Muhibbah dari SK Seri Manjung,Perak.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
SK(P) Durian Daun akan menerima tetamu dari SK Seri Manjung,Perak.
Lawatan seramai 13o orang yang terdiri daripada 12 orang guru dan 120 orang murid .
Lawatan ini dikenali sebagai " JEJAK SEJARAH " ke Melaka.
Rombongan ini akan bersarapan pagi di SK(P) Durian Daun pada :

Tarikh : 3 Julai 2010
Masa : 8.00 pagi

Pihak sekolah merakamkan ucapan selamat datang kepada tetamu berkunjung kesini.