Saturday, September 4, 2010

Salam Aidilfitri

WARGA BARU SKPDD


SKPDD menerima kehadiran seorang guru baru,
Cikgu Alias bin Ibrahim.
Berasal dari Terengganu.
First posting dari UPSI
Opsyen Sains
Semoga cikgu gembira dan selesa disini.

MAJLIS KHATAM QURAN, PENUTUP IHYA' RAMADHAN & SUMBANGAN DUIT RAYA

03 September 2010M / 24 Ramadhan 1431H,
DEWAN SERI PUTERI.
SKPDD.

MAJLIS KHATAM QURAN
Sepanjang bulan Ramadhan, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Tadarrus Al-Quran pada waktu rehat yang melibatkan semua guru-guru dan murid-murid Islam. Setelah berjaya menghabiskan 30 juz, majlis ini diadakan.Majlis ini telah dipimpin oleh Ustaz Syed Hafiz yang merupakan guru ganti Pendidikan Islam.

PENUTUP IHYA' RAMADHAN
Majlis ini telah diadakan pada hari yang sama dan penutupan rasmi telah dilakukan oleh Pn Norshidah Bte Mamat - GPK 1 SKPDD.Sepanjang bulan ramadhan berbagai aktiviti telah dijalankan antaranya :-
- Kuiz Ramadhan
- Bacaan Asma' Al Husna.
- Tadarus Al-Quran
- Nasyid

SUMBANGAN DUIT RAYA
Seramai 22 orang murid yang terdiri dari anak- anak yatim dan fakir miskin telah diberikan sumbangan duit raya oleh pihak sekolah dan guru-guru.Semoga mereka bergembira dihari raya yang bakal tiba tidak lama lagi.

Majlis berjalan dengan lancar dan berakhir pada jam 11.00 pagi.
Gambar-gambar sepanjang majlis tersebut boleh dilihat di slideshow diatas.

Friday, September 3, 2010

MAJLIS KHATAM QURAN, PENUTUP IHYA' RAMADHAN & SUMBANGAN DUIT RAYA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
SK (P) Durian Daun akan mengadakan Majlis Khatam Quran, Penutup Ihya' Ramadhan dan Penyerahan Sumbangan Duit Raya pada :-

Tarikh : 3 September 2010
Masa : 8.45 Pagi.
Tempat : Dewan Seri Puteri.

Laporan lanjut dimasukkkan nanti.

Monday, August 23, 2010

Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Sekolah Negeri Melaka Sempena Bulan Kemerdekaan 2010

Pengetua / Guru Besar Sekolah-Sekolah Negeri Melaka.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Melaka akan menganjurkan Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Sekolah-Sekolah Negeri Melaka pada 01 Ogos hingga 16 September 2010.

Pertandingan ini bertujuan menyemarakkan lagi aktiviti mengibar jalur gemilang di Negeri Melaka sempena bulan kemerdekaan disamping untuk meningkatkan semangat patriotisme rakyat Negeri Melaka.

Mesyuarat Penyelarasan Pertandingan Kibar Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan yang dipengerusikan oleh YB. Setiausaha Kerajaan Negeri pada 14 Ogos 2010 telah memutuskan Jabatan Pelajaran Melaka menyelaraskan pertandingan kibar jalur gemilang kategori sekolah-sekolah Negeri Melaka.

Sehubungan dengan itu, Unit HEM, Jabatan Pelajaran Melaka akan mengedarkan surat rasmi dan dilampirkan bersama surat dari Jabatan Ketua Menteri Melaka untuk rujukan dan tindakan tuan selanjutnya. Klik pautan Surat Kibar Jalur Gemilang untuk maklumat lanjut.

Wednesday, August 11, 2010

Majlis Tahlil di Rumah Arwah Cikgu Yusop Bin Ahmad


Majlis bacaan Yaasin dan Tahlil telah diadakan di rumah Allahyarham Cikgu Yusof Bin Ahmad pada 10 Ogos 2010 pada 2.00 petang. Majlis ini dihadiri oleh guru-guru SKPDD dan rakan-rakan kenalan Allahyarham.