Monday, August 23, 2010

Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Sekolah Negeri Melaka Sempena Bulan Kemerdekaan 2010

Pengetua / Guru Besar Sekolah-Sekolah Negeri Melaka.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Melaka akan menganjurkan Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Sekolah-Sekolah Negeri Melaka pada 01 Ogos hingga 16 September 2010.

Pertandingan ini bertujuan menyemarakkan lagi aktiviti mengibar jalur gemilang di Negeri Melaka sempena bulan kemerdekaan disamping untuk meningkatkan semangat patriotisme rakyat Negeri Melaka.

Mesyuarat Penyelarasan Pertandingan Kibar Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan yang dipengerusikan oleh YB. Setiausaha Kerajaan Negeri pada 14 Ogos 2010 telah memutuskan Jabatan Pelajaran Melaka menyelaraskan pertandingan kibar jalur gemilang kategori sekolah-sekolah Negeri Melaka.

Sehubungan dengan itu, Unit HEM, Jabatan Pelajaran Melaka akan mengedarkan surat rasmi dan dilampirkan bersama surat dari Jabatan Ketua Menteri Melaka untuk rujukan dan tindakan tuan selanjutnya. Klik pautan Surat Kibar Jalur Gemilang untuk maklumat lanjut.

No comments: