SK Perempuan Durian Daun mula diasaskan sejak tahun 1955. Terletak di tengah Bandar Melaka. Nama asalnya Durian Daun Girls' School dan merupakan sekolah rendah kerajaan aliran Inggeris yang pertama di negeri Melaka dikhaskan untuk murid perempuan.