Anugerah Surau / Musolla Imarah (ASISS)
Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia
Peringkat Negeri Melaka Tahun 2017
BUKIT BARU 25 Ogos – SK
(P) Durian Daun telah dinobatkan johan pertandingan Anugerah surau/musolla
imarah (ASISS) sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia, peringkat
negeri Melaka bagi kategori surau sekolah rendah.
Program anjuran Sektor Pendidikan Islam, Jabatan
Pendidikan Melaka. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Abu Bakar Bin
Sahari, Pengarah Jabatan Pendidikan Melaka. Tuan pengarah mengharapkan dengan
adanya usaha untuk mengimarahkan surau ini, menjadi satu usaha untuk mendidik
potensi manusia.
Surau
sekolah merupakan syiar Islam di sekolah. Pembinaannya bukan sekadar sebagai
tempat untuk melaksanakan ibadat solat semata-mata sama ada secara individu
atau berjamaah tetapi ia berfungsi sebagai pusat kegiatan Pendidikan Islam di
sekolah. Pengurusan surau yang sistematik dan berkualiti dengan pelbagai
program yang telah diatur dan dilaksanakan akan dapat melahirkan golongan
pelajar yang memahami dan menghayati Islam secara syumul dalam kehidupan
seharian.
Turut Bersama meraikan kejayaan ini, guru besar SK (P)
Durian Daun En Abu Samah Bin Ahmad dan Anisah Bt P. Kunhamed, Ketua Panitia Pendidikan Islam merangkap
penyelaras Surau Fatimah Azzahrah SK (P) Durian Daun.
“Alhamdulillah, syabas, tahniah dan penghargaan yang
tidak terhingga untuk warga SKPDD atas kejayaan merangkul johan Anugerah Surau
Imarah peringkat negeri. Moga kejayaan sentiasa Bersama kita dan berterusan
berkat kesepakatan dan kerjasama daripada semua warga SKPDD. Sepakat 1
pasukan”. - Guru besar SKPDD.