Tuesday, July 20, 2010

Sekitar sambutan Isra' Mikraj 1431H & Majlis Kesyukuran

20/07/2010(Selasa)-Sambutan Isra' Mikraj telah diraikan dengan jayanya. Sambutan tersebut dimulakan dengan aktiviti gotong-royong menyediakan bubur asyura dan ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Fairuz B. Yusak dari Jabatan Agama Islam Melaka.

Pada sesi petang pula, diadakan majlis kesyukuran meraikan cahayamata baru guru-guru SKPDD. Majlis diserikan dengan bacaan Rawi Marhaban dan cukur jambul. Ym. Pn guru besar merasa gembira dan berbesar hati, kerana murid-murid berbakat dalam menjayakan bacaan rawi marhaban, walaupun baru pertama kali majlis seperti ini diadakan.

Panitia Pendidikan Islam merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis ini.

Gambaran sepenuhnya majlis ini, boleh dilihat pada slideshow diatas.

Saturday, July 17, 2010

Sambutan Isra' Mikraj 1431H & Majlis Kesyukuran

Assalamualaikum,
SK(P) Duraian Daun akan mengadakan Sambutan Isra' Mikraj 1431H dan Majlis Kesyukuran pada :-
Tarikh : 19 Julai 2010 ( Selasa)
Tempat : Dewan Seri Puteri.
Masa : 11.00 pagi - 3.30 ptg.

Aturcara Majlis :
  • Ceramah Isra' Mikraj oleh : Ustaz Ahmad Fairuz Bin Yusak (JAIM)
  • Gotong-royong memasak bubur Asyura.
  • Majlis kesyukuran - Rawi marhaban menyambut cahayamata baru guru- guru SKPDD
Semoga majlis ini diberkati Allah.

Friday, July 9, 2010

Guru Praktikum

Pada 28 Jun 2010,warga SKPDD menerima kehadiran 2 orang guru KPLI praktikum - (opsyen Pendidikan Islam) dari IPG kampus Perempuan Durian Daun, Melaka yang terletak bersebelahan dengan sekolah kami. Selamat datang kami ucapkan.

Sekalung Penghargaan

Sekalung penghargaan buat warga SK Seri Manjong atas lawatan muhibbah ke sekolah kami.

Kapal dagang dari seberang,
Sarat muatan si kayu jati,
Dari jauh tuan puan datang.
Kami sangat berbesar hati.

Kalau ada jarum yang patah ,
Jangan disimpan didalam peti,
Kalau ada silap dan salah.
Tolong maafkan kami.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi.
Kalau tiada aral melintang,
InsyaAllah kami kesana nanti.